Pemain Dota 2 Orange, Sharky Meninggal Dunia
Suatu yang mengejutkan komuniti Dota baik di Malaysia mahupun di luar negara dengan berita kematian Ramond Wong Kie Yong atau lebih dikenali dengan nama ‘Sharky’ hari ini.
Kami masih belum pasti apa punca kematian Sharky. Ada yang mengatakan beliau meninggal secara mengejut.
Sharky merupakan salah seorang ahli pasukan Dota 2 Orange eSports yang telah beliau sertai sejak tahun lalu.
Kami di bahagian Sukan@Sukacuka.com mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang.
Disini kami sertakan video ketika Sharky sedang beraksi bersama Orange eSport.
Raymond “Sharky” Wong Kie Yong
May 10, 1990 – Dec 22, 2014