Pearly Dan Thinaah Sumbang Pingat Emas Untuk Kontinjen Negara

Keputusan Badminton Regu Wanita Temasya Sukan Komanwel 2022.

Regu badminton wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berjaya menyumbang pingat emas dalam temasya Sukan Komanwel 2022 yang berlangsung di Birmingham, England.

Pingat Emas itu terhasil selepas Pearly dan Thinaah berjaya menewaskan regu tuan rumah, Chloe Birch dan Lauren Smith di peringat akhir dengan kiraan mata 21-5, 21-8.

Dengan kemenangan ini, Malaysia berjaya mengekalkan pingat emas bagi kategori regu wanita buat 3 temasya berturut-turut iaitu pada tahun 2014 menerusi Vivian Hoo/Woon Khe Wei, tahun 2018 menerusi Chow Mei Kuan/Vivian Hoo dan 2022 menerusi Pearly Tan/Thinaah Muralitharan.

Untuk rekod, ini merupakan penampilan pertama mereka di temasya Sukan Komanwel dan mereka berjaya membawa pulang 2 pingat emas untuk Malaysia iaitu menerusi acara individu dan berkumpulan.

Leave a Reply