Pearly Dan Thinaah Mungkin Tidak Beraksi Di Piala Uber
Dari apa yang dibayangkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pasangan regu wanita nombor satu negara iaitu Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan mungkin tidak akan beraksi dalam saingan Piala Uber yang akan berlangsung pada hujung bulan ini di Chengdu, China.
Kata putus ini dibuat bagi memberi ruang dan waktu kepada pasangan tersebut untuk membuat persiapan rapi menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 Julai hadapan.
Antara faktor lain kenapa tidak disenaraikan Pearly dan Thinaah adalah kerana bagi mengurangkan risiko kecederaan yang boleh berlaku pada saat akhir.
Dengan ketiadaan Pearly dan Thinaah, skuad Piala Uber kali ini akan dibarisi oleh pemain muda.
Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Taiwan dan Australia dalam saingan Piala Uber 2024.