Pang Ron-Su Yin Hampir Buat Kejutan Hujung Tahun
Pasangan regu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang menduduki tangga ke-23 dunia hampir buat kejutan dalam perlawanan akhir Badminton China Masters 2024.
Dalam perlawanan akhir, mereka berdepan dengan pilihan kedua kejohanan dan juga gandingan nombor dunia dari China iaitu Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.
Pang Ron-Su Yin hampir melakukan kejutan pada set kedua untuk merangkul gelaran juara apabila mendahului 22-21 namun gagal untuk menyudahkannya sekali gus terpaksa mengheret perlawanan ke set penentuan. Sebelum itu, mereka berjaya menang pada set pertama 23-21.
Di set penentuan, mereka tewas dengan jarak mata tidak begitu jauh iaitu 16-21.
Sebelum berada di peringkat akhir, Pang Ron-Su Yin berjaya menewaskan regu nombor tiga dunia yang juga dari China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin dan juga regu nombor tujuh dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Yin Suet.
Untuk rekod, Pang Ron-Su Yin bawa pulang hadiah wang tunai RM179,834 selepas dinobat sebagai naib juara China Masters 2024.