Pamoga Qu Puteh The Red Warriors? Sukan Atau Produk Kesihatan?

Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Vida berkata beliau akan tetap meneruskan dua syarat – Stadium Sultan Muhammad IV dicat merah jambu dan nama skuad Kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) walaupun penyokong tidak bersetuju dengan cadangannya itu.

Beliau mengakui memang agak sukar untuk penyokong terima syarat berkenaan kerana mereka sudah terbiasa dengan warna merah dan putih selain menganggap warna merah jambu agak lembut.

“Saya faham perasaan mereka, tapi saya tetap dengan pendirian itu kerana tidak mahu orang lain menganggap saya tidak tetap pendirian.

“Saya bukan mahu merombak identiti mereka sebaliknya mahu memberi sesuatu kelainan untuk Kelantan kerana tiada perubahan yang berlaku sekian lama pada pasukan berkenaan.

“Apa yang saya mahu, saya pasti akan lakukan sehingga berjaya. Saya percaya mungkin pada mulanya penyokong sukar terima, namun kelamaan pasti mereka bersetuju dan akan menjadi tarikan ramai selepas syarat ini direalisasikan.

“Alang-alang keadaan Stadium Sultan Muhammad IV dalam keadaan uzur selepas dilanda banjir akhir tahun lalu, apa salahnya kita perbaharui stadium dengan sesuatu yang baharu. Sedangkan pasukan Real Madrid boleh jadikan jersi mereka warna merah jambu, kenapa pula kita tidak boleh,” katanya.

BH Sukan sebelum ini melaporkan penyokong TRW meminta Dr Hasmiza mempertimbangkan semula dua syarat yang dikenakan ke atas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum bersedia menaja badan induk itu musim ini.

Dua syarat berkenaan ialah Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).

Presiden TRW Lembah Klang, Mohd Faizal Hasbi, berkata syarat yang dikenakan jutawan kosmetik itu agak berat untuk diterima penyokong dan tidak mustahil turut sukar dipenuhi oleh KAFA mahupun Perbadanan Stadium Kelantan (PSK).

Selanjutnya di : Sumber

Leave a Reply

%d bloggers like this: