Olivier Giroud Ucap Selamat Tinggal

Selamat bersara Olivier Giroud.

Selamat bersara Olivier Giroud.

Penyerang Perancis, Olivier Giroud mengucapkan selamat tinggal kepada skuad kebangsaan Perancis selepas pasukan itu tersungkur di peringkat separuh akhir EURO 2024 kepada Sepanyol.

Sepanjang bersama Perancis, Giroud telah melakukan 137 penampilan dan telah menjaringkan 57 gol.

Giroud membuat penampilan pertama bersama skuad Perancis pada tahun 2011 ketika menentang Amerika Syarikat. Ketika itu Laurent Blanc menjadi jurulatih Perancis.

Beliau juga beraksi ketika perlawanan akhir Piala Dunia Qatar dan akhir EURO 2016 ketika tewas kepada Portugal.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *