OG.Ana Umum Persaraan Dari Babak Profesional Dota 2

OG.Ana Umum Persaraan Dari Babak Profesional Dota 2

Semalam Anathan Pham atau lebih dikenali dengan panggilan ‘ana’ mengumumkan persaraan beliau dari dunia profesional dota. Pengumuman ini dinyatakan sendiri di dalam web pasukan yang beliau wakili iaitu OG.

Ana merupakan pemain dota dari pasukan OG sejak tahun 2016 lagi. Sejak dari itu, pelbagai kejuaraan yang telah beliau menangi. Antara kejuaraan yang cukup manis bagi beliau adalah muncul juara The International tahun 2018 dan 2019.

Dengan persaraan Ana ini, OG terpaksa mencari ganti dalam waktu yang singkat kerusi yang beliau tinggalkan. OG akan beraksi dalam saingan ESL One Summer 2021 yang bakal membuka tirai 16 Jun 2021.

Selain itu OG juga terpaksa beraksi dalam kelayakan terbuka untuk menempah tempat untuk The International 10 pada Ogos nanti.

Leave a Reply

%d bloggers like this: