Novak Djokovic Tarik Diri Dari Terbuka Perancis

Novak Djokovic tarik diri dari Terbuka Perancis.

Novak Djokovic tarik diri dari Terbuka Perancis. Gambar Sky Sports.

Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic terpaksa menarik diri dari Terbuka Perancis selepas perlawanan dipusingan keempat menentang Francisco Cerundolo dari Argentina.

Novak Djokovic yang berjaya menewaskan Cerundolo dan mara ke suku akhir untuk menentang Casper Ruud dari Norway. Namun kecederaan yang dialami Djokovic dibahagian lutut menidakan hasrat beliau untuk beraksi.

Dengan penarikan diri Djokovic, Casper Ruud akan menentang sama ada pilihan keemat Alexander Zverev ataupun pilihan ke-11 Alex de Minaur pada aksi separuh akhir jumaat ini.

Untuk rekod, Djokovic dan Ruud merupakan finalis Terbuka Perancis pada tahun lalu. Perlawanan ketika itu dimenangi Djokovic dengan mata 7-6, 6-3 dan 7-5.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *