Novak Djokovic Mungkin Terlepas Beberapa Kejohanan Kerana Tidak Divaksin

Novak Djokovic. Gambar Voanews.com
Novak Djokovic yang merupakan bintang tenis dari Slovakia mungkin akan terlepas beberapa kejohanan yang berlangsung di Amerika Syarikat.
Ini semua kerana, pihak berkuasa pegembaraan Amerika Syarikat mengenakan syarat bukti vaksinasi Covid-19 kepada warga asing yang ingin masuk ke negara mereka.
Bagi sesetengah negara, mereka telah melonggarkan ataupun menarik balik peraturan Covid-19. Namun di Amereka Syarikat bukti vaksinasi masih diperlukan sekurang-kurangnya hingga bulan April nanti.
Kejohanan yang mungkin Djokovic terlepas adalah Indian Wells dan Terbuka Miami Masters yang berlangsung pada 6 dan 20 Mac. Kedua-dua kejohanan ini merupakan kejohanan berprestij selain dari kalendar Grand Slam.
Untuk rekod, tahun lepas Novak Djokovic pernah dihalang dari memasuki Australia dan terlepas aksi Tenis Terbuka Australia (AO) kerana kegagalan beliau menunjukan bukti vaksinasi.