Novak Djokovic Mara Ke Separuh Akhir Tenis Terbuka Australia
Pemburuan gelaran Grand Slam ke-22 masih diteruskan Novak Djokovic selepas berjaya melangkah ke separuh akhir Tenis Terbuka Australia 2023.
Djokovic yang tidak menyertai Terbuka Australia tahun 2022 disebabkan masalah vaksin, mengenepikan pilihan kelima kejohanan, Andrey Rublev dari Russia, 6-1 6-2 dam 6-4.
Kemenangan ini juga menaikan lagi semangat Djokovic untuk memburu gelaran Tenis Terbuka Australia buat kali ke-10 sepanjang karier beliau.
Diperingkat separuh akhir, Novak Djokovic dijadualkan bertemu pemain ditangga ke-35 dari Amerika Syarikat, Tommy Paul yang menewaskan Ben Shelton.