Ng Tze Yong Lepas Cabaran Pertama

Ng Tze Yong Mudah Tewaskan Juara Malaysia Master 2022
Ng Tze Yong tampil cemerlang dalam perlawanan pertama dalam Kejohanan Badminton Dunia 2022 selepas menewaskan Chico Aura Dwi Widoyo. Tze Yong menang dengan mata 21-16 dan 21-10.
Ini kemenangan kedua berturut-turut Tze Yong kepada Dwi Widoyo selepas kali pertama pada Cabarang Antarabangsa Indonesia 2019.
Kejohanan Badminton Dunia 2022 merupakan penampilan pertama Ng Yze Yong dalam temasya yang diadakan setiap tahun ini.
Pada pusingan kedua, Ng Tze Yong akan berdepan pemain dari Thailand, Sitthikom Thammasin yang berjaya menewaskan wakil tuan rumah Kanta Tsuneyama.
Andai Ng Tze Yong melepasi cabaran pusingan kedua ini, besar kemungkinan beliau akan menentang pemain nombor 1 dunia, Victor Axelsen di pusingan ketiga nanti.