Ng Tze Yong Kembali Berlatih

Aksi Ng Tze Yong.

Aksi Ng Tze Yong. Gambar The Star.

Khabar berita dari kem badminton negara selepas pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong sudah mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan yang lain.

Untuk makluman, Tze Yong mengalami kecederaan otot tulang belakang ketika beraksi di pusingan pertama Terbuka Malaysia dua minggu lalu.

Menurut Tze Yong, walaupun telah kembali menyertai kem latihan, beliau masih belum berlatih secara penuh lagi. Buat masa sekarang beliau hanya melakukan latihan ringgan dengan bimbingan jurulatih perseorangan negara, Datuk Tey Seu Bock.

Jika proses pemulihan berjalan lancar, Tze Yong berkemungkinan akan dapat beraksi di Kejohanan Berpasukan Badminton Asia di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 13 hingga 18 Februari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *