Newbee Juara ESL One Genting 2018
Semalam berlangsungnya ‘perlawanan ulangan’ The International 2017 antara Team Liquid menentang Newbee dalam kejohanan ESL One Genting 2018. Liquid dan Newbee beremtap kembali pada perlawanan akhir untuk menentukan siapa juara ESL One Genting 2018.
Untuk kali ini, Newbee tidak memberikan jalan mudah buat Liquid selepas perlawanan diheret ke perlawanan ke-5 setelah kedudukan terikat dengan keputusan 2-2.
Newbee akhirnya bergelar juara selepas memenangi perlawanan ke-5 sekali gus menjuarai ESL One Genting 2018.
Dengan kemenangan ini, Newbee membawa pulang wang tunai 160,000USD berserta 200mata Dota Pro Circuit. Manakala Team Liquid membawa pulang 80,000USD dan 120mata dota pro circuit.