Nadal Ungguli Tenis Terbuka Barcelona

EPA
Rafael Nadal dinobatkan selaku juara tenis Terbuka Barcelona selepas menewaskan juara bertahan, Kei Nishikori 6-4, 7-5. Kemenangan ini juga merupakan kemenangan ke-10 perlawanan berturut-turut bagi usahanya untuk memburu kejuaraan ke-10 Grand Slam Terbuka Perancis, Jun depan.
Dengan menjuarai ATP Terbuka Barcelona ini juga Nadal telah menyamai rekod yang dipegang legenda tenis Argentina Guillermo Vilas yang memenangi 49 gelaran di gelanggang tanah liat.