Mourinho Serang Pengadil Selepas Chelsea Kalah Kepada Spurs
Jose Mourinho kembali memberikan kritikan kepada pengadil yang mengadili perlawanan. Kali ini yang menjadi sasaran adalah Phil Dowd. Dowd yang mengadili perlawanan antara Tottenhan dan Chelsea juga tidak terlepas dari kritikan Mourinho.
Mourinho mengatakan bahwa Dowd terlalu lambat untuk mengikut pergerakan bola dan pemain. Namun beliau menyebut Dowd membuat satu keputusan tepat ketika Eden Hazard dijatuhkan Federico Fazio.
Down juga dikritik Mourinho kerana tidak memberikan penalti pada babak pertama ketika Chelsea sedang mendahului 1-0 selepas bola terkena Jan Vertonghen dalam petak penalti.