Mateo Kovacic Sertai Manchester City Dari Chelsea

Mateo Kovacic akan bersama Manchester City untuk musim hadapan.
Mateo Kovacic sah akan bersama Manchester City dari Chelsea dengan yuran perpindahan sebanyak 30 juta pound (RM177.18 juta).
Ini merupakan pembelian pertama Manchester City selepas tamatnya musim 2022/23 dengan kejayaan menjulang tiga piala utama iaitu Piala Liga, Piala FA dan Piala Liga Juara-Juara.
Kovacic yang berasal dari Croatia itu sebelum ini bersama Chelsea dari Real Madrid pada tahun 2018 dengan cara pinjaman dan tamat tempohnya pada tahun ini.
Untuk rekod, Mateo Kovacic pernah menjulang piala Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali iaitu dua bersama Real Madrid dan sekali bersama Chelsea.
1 Response
[…] ini mungkin menjadi nyata selepas Manchester City sah membeli Mateo Kovacic dari Chelsea dengan yuran perpindahan sebanyak 30 juta […]