Mason Greenwood Berpisah Dengan Manchester United

Mason Greenwood

Mason Greenwood tinggalkan Manchester United. Gambar FB

Segala persoalan dan khabar angin berkenaan status karier Mason Greenwood bersama Manchester United akhir terjawab.

Manchester United mengumumkan bahwa mereka melepaskan Greenwood selepas mendapat persetujuan bersama. Difahamkan Greenwood berdepan kecaman jika tidak meninggalkan kelab tersebut.

Untuk rekod, Mason Greenwood yang berusia 21 tahun telah digantung Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Januari 2022 disebabkan kes cubaan merogol dan serangan seksual.

Kontrak Greenwood bersama Manchester United sepatutnya tamat pada 2025. Namun demi kebaikan ramai pihak, ianya ditamatkan lebih awal.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *