Maria Sharapova Bertemu Simona Halep Dalam Final Tenis Terbuka Madrid

AFP PHOTO/DANI POZO
Maria Sharapova layak ke pusingan akhir selepas menewaskan Agnieszka Radwanska di peringkat separuh akhir terbuka Mutua Madrid. Sharapova menang dengan mata 6-1 dan 6-4 dalam masa 68 minit sahaja.
Lawan Maria Sharapova di peringkat akhir nanti adalah pemain tenis muda Romania iaitu Simona Halep. Mereka berdua pernah bertemu 2 kali sebelum ini dan keduanya dimenangi oleh Sharapova.
Halep melangkah ke peringkat akhir selepas mengharungi perlawanan selama 2 jam 36 minit melawan Petra Kvitova. Pemain tenis 22 tahun tersebut menang dengan mata 6-7(4), 6-3 dan 6-2.