Manchester United Tewaskan City

Dua penyerang United dan City yang menjadi sandaran. Gambar The Sporting News

Manchester United terus mengejar kedudukan teratas Liga Inggeris selepas menewaskan seteru mereka, Manchester City di laman sendiri lewat malam semalam.

United yang turut dengan dibayangi kekalahan 6-3 dalam perlawanan sebelum ini, berjaya mengekang gerakan yang dilakukan City untuk menjaringkan gol.

Perlawanan seimbang pada babak pertama, berubah pada babak kedua perlawanan. Manchester City membuka tirai jaringan melalui Jack Grealish pada minit ke-60.

Dilihat perlawanan akan berakhir dengan kekalahan, Bruno Fernandes berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-78.

Marcus Rashford muncul wira Manchester United selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82 sekali gus memastikan 3 mata penuh milik United.

Dengan kemenangan ini, Manchester United menduduki tangga ke-3 liga dengan 38 mata. Satu mata dibelakang Manchester City dan 6 mata dibelakang penghulu liga, Arsenal.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: