Manchester City Juara FA Cup 2023/24

Manchester City Juara FA Cup 2023/24. Gambar Marca.com
Manchester City muncul juara FA Cup bagi musim 2023/24 selepas menewaskan seteru utama mereka dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Wembley.
Gol kemenangan Manchester City dijaringkan oleh Ilkay Gundogan pada minit pertama dan ke-51 perlawanan. Manakala gol Manchester United pula dijaringkan oleh Bruno Fernandes menerusi sepakan penalti pada minit ke-33.
Perlawanan berkesudahan dengan keputusan 2-1. Pemburuan tiga trofi dalam satu musim untuk Manchester City berada dalam landasan yang tepat. Minggu depan mereka akan berdepan Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara Juara.