Malaysia Masters : Lee Zii Jia-Viktor Axelsen Buat Perhitungan
Dua jaguh perseorangan lelaki dunia, Lee Zii Jia dan Viktor Axelsen akan membuat perhitungan siapa paling hebat dalam perlawanan akhir Badminton Malaysia Masters 2024.
Lee Zii Jia berjaya mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Ng Ka Long yang juga perlawanan ulangan akhir Terbuka Thailand 2024 minggu lalu yang turut dimenangi oleh Zii Jia.
Bagi Viktor Axelsen pula, beliau yang berada pada tahap permainan yang baik berjaya menewaskan pemain dari China, Lu Guang Zu untuk mara ke perlawanan akhir.
Untuk rekod pertemuan antara Lee Zii Jia dan Viktor Axelsen sebelum ini, berpihak kepada Viktor dengan kemenangan 6-3. Kali terakhir kedua pemain ini bertemu adalah pada saingan Peringkat Kumpulan D Piala Thomas 2024 di Changdu yang dimenangi oleh Viktor, 21-16, 24-22.