Malaysia Masters : Dua Wakil Negara Beraksi Di Perlawanan Akhir
Harapan negara untuk melihat sekurang-kurangnya empat wakil Malaysia dari lima acara yang dipertadingkan dalam Badminton Malaysia Masters 2024 tidak kesampaian selepas apa yang diharapan tewas diperingkat separuh akhir.
Pearly Tan-Thinaah Muralitharan gagal layak ke akhir selepas tewas kepada regu dari Korea Selatan, Lee Yu Lim-Shin Seung Chan dengan keputusan 16-21, 11-21. Ini merupakan kekalahan mereka yang pertama selepas diberikan rehat lebih kurang sebulan.
Pasangan regu muda lelaki negara, Arif Junaidi-Roy King Yap gagal beri tentangan kepada regu berpengalaman dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen. Mereka tewas dengan mata 13-21, 19-21.
Pertembungan sesama sendiri dalam acara regu campuran antara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie telah mengesahkan satu slot untuk negara dalam perlawanan akhir. Namun sayangnya regu campuran nombor satu negara dan juga pilihan utama kejohanan, Tang Jie-Ee Wei tewas dengan mata 11-21, 19-21.
Satu lagi wakil negara yang akan beraksi dalam perlawanan akhir adalah menerusi perseorangan lelaki iaitu Lee Zii Jia. Menerima sokongan padu dari penonton, Zii Jia yang mengalami kesakitan pada bahagian peha masih mampu untuk menewaskan Ng Ka Long dari Hong Kong.
Lee Zii Jia akan menentang pilihan utama kejohanan dari Denmark, Viktor Axelsen manakala Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie akan menentang regu dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari.