Malaysia Bermula Baik Dalam Saingan Piala AFF Suzuki

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Kemboja

Pasukan Bola Sepak Malaysia berjaya menewaskan Kemboja dalam saingan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2020.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bishan, Singapura berakhir dengan keputusan 3-1. Dengan kemenangan ini, Harimau Malaya menduduki tangga teratas kumpulan.

Gol Malaysia dihadiahkan oleh Safawi Rashid pada minit ke-23 melalui sepakan penalti, M.Akhyar pada minit ke-61 dan K.Raj minit ke-78.

Satu gol saguhati bagi Kemboja berjaya dihasilkan pada penghujung perlawanan melalui sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh R.Sath.

Perlawanan seterusnya bagi Harimau Malaya adalah pada 9 Disember, menentang Laos jam 5.30 petang.

Leave a Reply

%d bloggers like this: