Madrid Tidak Pernah Berusaha Untuk Dapatkan Suarez : Zidane

Luis SuarezZinedine Zidane menegaskan bahawa Real Madrid tidak pernah berusaha untuk mendapatkan Luis Suarez. Semua khabar angin hanyalah spekulasi dari media semata-mata.

Sebelum itu, Real Madrid dikhabarkan ingin mendapatkan penyerang dari Uruguay pada musim panas lalu. Namun Suarez lebih senang untuk memilih musuh utama Real Madrid, Barcelona dengan harga 75 juta pound.

Tambah Zidane lagi, jika Madrid inginkan seorang pemain, mereka akan berusaha keras untuk mendapatkannya. Tambahan pula, Madrid mempunyai kewangan yang kukuh.

Walaupun Zidane mengaku tidak memerlukan Suarez, beliau mengatakan Suarez seorang pemain yang hebat. Madrid punyai target mereka yang tersendiri dan sudah pun memperolehinya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: