Liverpool Sekadar Seri Dilaman Sendiri

Keputusan Liverpool Menentang Crystal Palace.

Liverpool hampir dimalukan dilaman sendiri sejak 2017 ketika turun berdepan Crystal Palace di Anfield.

Zaha meletakan Palace dihadapan pada minit ke-32 seterusnya memberikan tekanan buat Liverpool.

Liverpool ternyata lebih tertekan apabila Darwin Nunez dibuang padang pada minit ke-57 sekaligus mencacatkan rentak mencari gol.

Luiz Diaz muncul penyelamat apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-61.

Selepas 2 perlawanan liga, Liverpool hanya mampu mengutip 2 mata hasil dua perlawanan seri.

Liverpool bakal berdepan Manchester United di Old Traford dalam misi mencari 3 mata penting.

Leave a Reply

%d bloggers like this: