Lionel Messi Sah Sertai Inter Miami

Lionel Messi ketika bersama Argentina. Gambar Bola.net
Segala teka teki kemana hala tuju Lionel Messi selepas kontraknya bersama PSG tidak disambung terjawab. Messi akhirnya mengumumkan yang beliau akan menyertai pasukan dari Major League Soccer, Inter Miami untuk musim hadapan.
Sebelum ini ada yang mengatakan bahwa Messi akan menyertai kelab dari Arab Saudi, Al Hilal dengan yuran perpindahan paling mahal untuk pemenang Piala Dunia 2022 itu.
Bukan itu sahaja, ada juga berita yang tersebar yang Messi akan kembali menyertai kelab lama beliau di Sepanyol iaitu Barcelona. Namun semua berita itu disangkal dengan pengumuman Messi yang bakal beraksi bersama Inter Miami.
Menurut Messi, beliau ada menerima tawaran dari pasukan eropah yang lain tetapi beliau menolak dan memilih untuk beraksi di Liga Amerika Syarikat dengan cara dan suasana yang baru.
Dengan pengumuman ini, kita akan saksikan liga di eropah tanpa dua nama besar bola sepak iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo buat pertama kali dalam masa 20 tahun ini.
Untuk rekod, Cristiano Ronaldo telah beraksi di Liga Arab Saudi pada musim perpindahan Januari 2023 yang lalu.