Liga Pro Saudi : Keputusan Abha vs Al Nassr

Keputusan Liga Pro Saudi, Abha vs Al-Nassr.

Keputusan Liga Pro Saudi, Abha vs Al-Nassr.

Pada usia 39 tahun, Cristiano Ronaldo sekali lagi cipta sensasi dengan jaringan hatrik dalam dua perlawanan berturut-turut. Hatrik Ronaldo kali ini dijaringkan ketika menentang Abha dalam saingan Liga Pro Saudi awal pagi tadi.

Al-Nassr membuka tirai jaringan pada minit ke-11 hasil jaringan dari sepakan percuma Ronaldo. Pada minit ke-21, juga dari sepakan percuma, Ronaldo berjaya menambah gol buat Al-Nassr.

Minit ke-33, umpanan dari Cristiano Ronaldo berjaya beri ruang kepada Sadio Mane untuk tersenarai dalam senarai penjaring. Ronaldo melengkapkan hatrik beliau pada minit ke-42 dan gol dari Abdulmajeed minit ke-44 menambah derita Abha.

Memasuki separuh masa kedua perlawanan, Al-Nassr berjaya menjaringkan tiga lagi gol menerusi Abdulrahman, minit ke-51 dan dua gol dari Abdul Aziz pada minit ke-63 dan 86.

Kemenangan 8-0 keatas Abha ini sangat penting bagi Al-Nassr bagi merapatkan jurang dengan pendahulu liga iaitu Al-Hilal.

Leave a Reply