Liga Juara Juara : Liverpool Masuk Gua Selepas Dibelasah Napoli

Keputusan Liga Juara Juara Napoli vs Liverpool. Gambar Liverpoolecho
Liverpool membuka tirai saingan Liga Juara Juara dengan kekalahan kepada wakil kelab dari Itali, Napoli dengan kekalahan yang boleh dianggap memalukan iaitu 1-4.
Liverpool yang dianggap masih dibuai dengan kemenangan besar 9-0 ke atas Bournemouth ternyata mengambil mudah apabila turun menentang Napoli di Stadium Diego Armando Maradona.
Kini Liverpool menduduki tangga ke-3 liga dibelakang Ajax dan Napoli. Satu lagi wakil dalam kumpulan A Liga Juara Juara adalah Rangers yang tewas kepada Ajax sebelum itu.
Perlawanan seterusnya bagi Liverpool dalam saingan Liga Juara Juara adalah menentang Ajax pada 14 September nanti jam 3 pagi.
Keputusan menang harus dicatatkan Liverpool bagi menaikan semula semangat selepas dimalukan Napoli.