Liga Juara-Juara : 3 Gol Aguero Bantu City Terus Bernafas
Dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi, Manchester City menerima kunjungan Bayern Munich untuk perlawanan ke-5 peringkat kumpulan.
Tekanan lebih dirasai City apabila mereka terpaksa menang untuk meneruskan saingan Liga Juara-Juara berbanding Bayern yang terlebih dulu layak kepusingan seterusnya.
Gol pembukaan perlawanan dijaringkan City melalui sepakan penalti Aguero selepas beliau dikasari Mehdi Benatia pada minit ke-20. Mehdi menerima kad merah atas kekasaran tersebut.
Gol Aguero pada minit ke-20.
Tersentak dengan gol tersebut, Bayern bangkit dengan 10 pemain.
Bayern menjaringkan 2 gol dalam masa 10 minit melalui sepakan percuma cantik Xabi Alonso dan tandukan Lewandowski.
Ketika perlawanan seolah-olah berpihak kepada Bayern, Aguero muncul wira dengan 2 gol lewatnya pada minit ke-85 dan pada masa tambahan minit ke-91.