Liga Juara : Hatrik Mbappe Bantu PSG Benam Barcelona

Bagai hilang punca dan serba tidak menjadi, Barcelona terpaksa menerima hakikat selepas tewas kepada PSG digelanggang keramat mereka awal pagi tadi.
Barcelona terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-27 melalui sepakan penalti yang disempurnakan L.Messi.
PSG menutup kelebihan 1 gol tersebut dengan jaringan hatrik yang disumbangkan oleh K.Mbappe pada minit ke-32, 65 dan 85. Satu lagi gol PSG dijaringkan oleh M.Kane pada minit ke-70.
Dengan kemenangan 1-4 keatas Barcelona ini, PSG membawa bekal besar untuk aksi timbal balik pada 11 Mac nanti.