Li Junhui Umum Persaraan Dari Dunia Badminton Akibat Kecederaan

Aksi Li Junhui Pada Olimpik Tokyo 2021. Gambar : INF.NEWS

Jaguh badminton dunia dalam acara regu lelaki, Li Junhui mengumumkan persaraan beliau akibat pelbagai kecederaan yang beliau alami. Menurut beliau, kecederaan yang beliau alami semakin buruk.

Aksi terakhir Li Junhui adalah pada Olimpik Tokyo 2021 bersama Liu Yuchen. Ketika itu, mereka berjaya memenangi pingat perak selepas tewas kepada regu dari Taiwan.

Dengan pengumuman ini, Badminton China kehilangan pertama muda dalam skuad mereka dimana Li Junhui baru sahaja berumur 26 tahun.

Sehingga ini, masih belum ada kata putus tentang pasangan baru bagi Liu Yuchen. Untuk rekod, ketika ini Li Junhui dan Liu Yuchen menduduki tangga ke-5 dalam kedudukan BWF. Pasangan ini juga digelar ‘Twin Tower’ kerana ketinggian mereka.

Leave a Reply

%d bloggers like this: