Lelaki Misteri Yang Dipeluk Ronaldo Pada Final Champions League
Tempoh hari selepas secara rasminya Real Madrid menjadi juara final Champions League, Cristiano Ronaldo kelihatan berlari ketepi padang dan memanggil seorang lelaki sekali gus memeluk erat lelaki itu. Ramai yang tertanya-tanya, siapa lelaki misteri yang dipeluk Ronaldo itu. Kami ada jawapannya.
Sebelum ini, ada yang mengatakan bahawa lelaki tersebut adalah rakan sepasukan dan semasa kecil dulu. Namun ianya tidak benar.
Lelaki misteri yang dipeluk Ronaldo adalah abangnya kandungnya sendiri yang bernama Hugo Aveiro.
Ronaldo dan Hugo telah membuat perjanjian sebelum perlawaan akhir Champions League berlangsung. Hugo akan berhenti minum arak jika Real Madrid mampu menjadi juara. Ternyata Ronaldo sudah memenuhi kewajiban beliau dan kini beliau menagih janji Hugo pula.
Hugo menderita ketagih alkohol seperti ayahnya, Jose. Hugo dan Ronaldo telah kehilangan ayah mereka pada tahun 2005 atas sebab masalah ginjal yang berpunca dari peminuman alkohol yang berlebihan. Atas sebab itulah Ronaldo tidak minum minuman yang beralkohol.