Lee Zii Jia Masih Dalam Mimpi

Lee Zii Jia tewas di pusingan pertama Badminton Terbuka Malaysia 2023.

Sungguh mengecewakan apabila mendapat perkhabaran pemain perseorangan badminton lelaki negara yang berstatus profesional, Lee Zii Jia tewas seawal peringkat pertama Badminton Terbuka Malaysia 2023.

Lee Zii Jia disingkarkan pemain Jepun yang sedang meningkat naik, Kodai Naraoka 21-13, 17-21, 19-21 dalam perlawanan yang berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil.

Kekalahan ini juga seolah-olah badi bagi Lee Zii Jia selepas beliau turut kalah awal di laman sendiri dalam edisi 2019 dan 2022.

Menanti Kodai Naraoka di pusingan seterusnya adalah seorang lagi pemain negara iaitu, Ng Tze Yong. Tze Yong mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen 21-4, 21-10.

Untuk rekod, Lee Zii Jia merupakan pilihan kedua untuk Badminton Terbuka Malaysia 2023 kali ini. Mungkin Lee Zii Jia mahu menumpukan kejohanan Badminton Terbuka India yang akan berlangsung minggu hadapan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: