Lee Zii Jia Mara Ke Suku Akhir Sukan Olimpik 2024

Aksi Lee Zii Jia di Sukan Olimpik 2024 Paris.

Aksi Lee Zii Jia di Sukan Olimpik 2024 Paris.

Pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke peringkat suku akhir Sukan Olimpik 2024 selepas berjaya menewaskan pemain tuan rumah, Toma Junior Popov di pusingan 16 lewat petang semalam.

Tidak hanya berhadapan dengan Popov, Zii Jia terpaksa berdepan dengan sorakan penonton tuan rumah yang hadir memberikan sokongan kepada pemain muda Perancis itu.

Zii Jia bermula baik pada set pertama dengan kemenangan mudah 21-13.

Memasuki set kedua, rentak permainan Zii Jia sedikit terganggu hingga memaksa beliau melakukan beberapa kesilapan mudah. Zii Jia berjaya mengawal kembali perlawanan dan menang dengan mata 24-22 untuk mara ke peringkat suku akhir.

Di peringkat suku akhir nanti, Lee Zii Jia akan menentang pemain dari Denmark yang juga dianggap lawan sebenar beliau iaitu Anders Antonsen. Andai Zii Jia berjaya mara ke separuh akhir, beliau akan menentang samada Shi Yu Qi ataupun Kunlavut Vitidsarn dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *