Lee Zii Jia Mara Ke Separuh Akhir Sukan Olimpik Paris 2024

Lee Zii Jia berpeluang untuk bawa pulang satu pingat dari bumi Paris.

Lee Zii Jia berpeluang untuk bawa pulang satu pingat dari bumi Paris.

Wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki, Lee Zii Jia berjaya mara ke peringkat separuh akhir badminton Sukan Olimpik 2024 di Paris selepas menewaskan pemain dari Denmark, Anders Antonsen dengan mata 21-17, 21-15.

Kemenangan ini sedikit sebanyak memberikan kegembiraan buat Team MAS selepas kekalahan dua wakil negara di peringakt separuh akhir dalam acara regu lelaki gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan regu wanita gabungan Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan.

Di peringkat separuh akhir nanti, Lee Zii Jia akan menentang wakil dari Thailand dan juga bekas Juara Dunia iaitu Kunlavut Vitidsarn yang berjaya menewaskan pilihan pertama Sukan Olimpik 2024 dari China iaitu Shi Yu Qi.

Peringakt separuh akhir lelaki akan berlangsung pada 4 Ogos jam 2.30 petang waktu Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *