Lee Zii Jia Kalah Terus
Bekas juara All England, Lee Zii Jia, sekali lagi tersungkur awal dikejohanan Badminton Indonesia Masters 2023. Terbaru, Lee Zii Jia kepada pemain dari Hong Kong, Ng Ka Long Angus.
Lee Zii Jia yang juga pilihan kedua kejohanan tewas dalam pertarungan yang berlarutan hingga ke set penentuan.
Ramai yang beranggapan bahawa ketiadaan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen, akan membuka sedikit ruang untuk Lee Zii Jia mencatatkan satu kejuaraan untuk tahun 2023. Namun semua itu masih belum mampu untuk dijadikan kenyataan.
Untuk Rekod, Lee Zii Jia tewas dipusingan pertama di Terbuka Malaysia dan di Terbuka India beliau tewas di pusingan kedua. Mampukah Lee Zii Jia melakukan kebangkitan di Thailand Masters atau akan ada pengumuman yang beliau akan menggantung raket buat selamanya.