Lee Zii Jia Dapat Pampasan Untuk Ke Piala Thomas
Katanya demi untuk mengejar kejuaraan Piala Thomas, BAM sanggup untuk melutut bagi mendapatkan khidmat pemain perseorangan suam-suam kuku iaitu Lee Zii Jia. Pemain tersebut difahamkan akan diberikan pampasan semata-mata untuk beraksi dalam saingan Piala Thomas hujung bulan ini.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah badminton negara dimana seorang pemain begitu ditagih khidmatnya hingga perlu dirayu dan diberikan duit untuk beraksi demi negara.
Adakah dengan sogokan duit tersebut, Malaysia akan mutlak menjadi juara Piala Thomas pada edisi kali ini? Jika dilihat, kali terakhir Malaysia menjulang piala ini adalah pada tahun 1992.
Tidak dipastikan kenapa BAM begitu terdesak hingga terpaksa mengeluarkan modal bagi mendapatkan khidmat Lee Zii Jia. Sebagai badan induk badminton negara, BAM sepatutnya tidak punyai masalah untuk menyediakan barisan para pemain untuk digunakan dimana-mana sahaja kejohanan.
Dengan terjadinya masalah seperti ini, jelas dan terbukti sudah yang BAM sudah gagal untuk melahirkan pemain mampu untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, hingga kini BAM masih gagal untuk menghasilkan pemain perseorangan wanita.
Berbalik kepada Zii Jia, jumlah bayaran yang dikeluarkan kepada dia masih belum di dedahkan.
Untuk rekod, Lee Zii Jia kalah teruk di peringkat suku akhir kepada Jonatan Christie dari Indonesia di saingan Badminton Asia 2024 yang berlangsung di China ketika ini.