Lee Zii Jia, Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik Teruskan Kemaraan Kejohanan Badminton Dunia

Lee Zii Jia Mara Kepusingan Ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2022.

Lee Zii Jia serta beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mara keperingkat seterusnya dalam Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di Tokyo, Jepun.

Lee Zii Jia yang turun dipusingan kedua ternyata tidak menghadapi masalah untuk menewaskan wakil dari Portugal, Bernado Atilano 21-9 21-13. Zii Jia akan berdepan samada Zhao Jun Peng ataupun Srikanth Kidambi dipusingan ketiga nanti.

Manakala Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pula sedikit bermandi peluh sebelum menewaskan Lu Ching Yao dan Yang Po Han dari Chinese Taipei. Aaron dan Wooi Yik menang dengan mata 22-20 21-18.

Mereka akan berdepan rakan senegara iaitu Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin dipusingan ketiga nanti.

Leave a Reply

%d bloggers like this: