Lee Chong Wei Mara Ke Suku Akhir Kejuaraan Badminton Asia 2017
Pemain perseorangan lelaki utama Malaysia, Lee Chong Wei berjaya mara ke suku akhir Kejuaraan Badminton Asia 2017 selepas mudah mengenepikan cabaran Kenta Nishimoto dari Jepun dengan kiraan mata 22-20, 21-12.
Seorang lain pemain perseorangan lelaki, Chong Wei Feng bakal turun berdepan NG Ka Long Angus dari Hong kong.
Sementara itu, regu utama lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong bakal turun menentang pasangan regu dari China Huang Kaixiang dan Wang Yilyu.