Lebih 4 Juta Penyokong Sambut Kepulangan Juara Di Buenos Aires

Buenos Aires Dipenuhi Peminat Bola Sepak Argentina.

Kepulangan juara Piala Dunia 2022, Argentina disambut meriah sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang dari Qatar. Dianggarkan lebih kurang 4 juta penyokong setia telah menanti di Buenos Aires bagi menyaksikan perarakan hero-hero yang membawa pulang trofi Piala Dunia selepas 36 tahun.

Skuad bola sepak Argentina dilihat menaiki sebuah bas sambil menjulang piala dambaan semua peminat bola sepak itu. Kali terakhir Argentina menjulang Piala Dunia adalah pada 1986. Ketika itu, Diego Maradona yang menjadi tunjang utama menjulang piala itu.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: