Langkah Lee Zii Jia Di Olimpik Tokyo 2020 Disekat Chen Long

Chen Long Berjaya Menewaskan Lee Zii Jia

Tamat sudah cabaran Olimpik Tokyo 2020 bagi pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia selepas tewas kepada Chen Long.

Ternyata pengalaman yang membezakan antara kedua pemain ini. Walaupun Chen Long tewas pada set pertama dengan mata 21-8, beliau tenang bangkit pada 2 set selepasnya.

Lee Zii Jia buntu dengan taktik yang berubah-ubah ditunjukan Chen Long ditambah pula bermain dalam keadaan cedera.

Moga Olimpik ini menjadi batu loncatan bagi pemain muda ini untuk terus mengukir nama dalam dunia sukan badminton ini.

Lee Zii Jia tewas 21-8, 19-21 dan 5-21. Chen Long akan berdepan pemain Taiwan, Chou Tien Chen diperingkat suku akhir nanti (31 Julai).

Leave a Reply