Kylian Mbappe Sah Sertai Real Madrid

Kylian Mbappe sertai Real Madrid

Bekas penyerang sensasi PSG, Kylian Mbappe sah menyertai Real Madrid dengan kontrak selama lima tahun bermula 1 Julai ini sebaik sahaja kontrak beliau bersama PSG tamat.

Penantian tujuh tahun Real akhirnya berakhir dengan perpindahan yang boleh dianggap berbaloi ini. Mbappe berpindah ke Real secara pecuma selepas beliau tidak mahu menyambung kontraknya bersama kelab lama.

Difahamkan pemain berusia 25 tahun itu akan menerima gaji tahunan bersih sekitar 15 juta euro berbanding 25 juta euro ketika di PSG. Walaupun mengalami pemotongan yang banyak, Mbappe masih muncul penerima gaji terbanyak di Real Madrid.

Untuk nombor jersi pula, Mbappe akan menggunakan nombor 9 untuk musim 2024/2025. Nombor 10 yang selalu digunakan beliau di PSG dan Perancis, akan kekal digunakan oleh Luka Modric yang menyatakan penyambungan kontrak untuk setahun lagi bersama Real Madrid.

Untuk rekod, Real Madrid baru sahaja menjuarai Liga Juara Juara yang ke-15 selepas menewaskan Borussia Dortmund dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Wembley pagi awal pagi 2 Jun lalu.

Hala Madrid!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *