Kuala Lumpur Melangkah Ke Perlawanan Akhir Piala AFC Zon Asean
Pasukan bola sepak Kuala Lumpur berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC Zon ASEAN selepas menewaskan Viettle.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Thong Nhat melihatkan ketenangan Kuala Lumpur menyerap serangan lawan dan tekanan dari penyokong tuan rumah.
Keputusan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang 120minit perlawanan berlangsung.
Kemenangan jadi milik Kuala Lumpur dengan keputusan penalti 6-5.
Kuala Lumpur akan berdepan kelab dari Indonesia, Makassar di perlawanan akhir nanti. Makassar telah menewaskan pasukan Kedah dalam satu lagi perlawanan separuh akhir