Keputusan Perlumbaan Formula One Di Litar Catalunya, Sepanyol

Photo: EPA
Ternyata keputusan perlumbaan Formula One di litar Catalunya, Sepanyol sangat mengujakan peminat sukan bermotor. Buat kali ke-4 berturut-turut, pemandu Mercedes mendominasi kedudukan pertama dan kedua antara Lewis Hamilton dan Nico Rosberg.
Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan sebanyak 66 pusingan dengan catatan masa 1:41:05.155 dan diikuti Nico Rosberg serta Daniel Ricciardo dari pasukan Red Bull ditempat ke-3.
Juara dunia masim lalu, Sebastian Vettel hanya menduduki tempat ke-4.
Selepas ini mereka akan berlumba di litar Monte Carlo, Monaco pada 22-25 Mei 2014. Untuk senarai penuh pemandu dan kedudukan terkini pemandu dan pasukan, boleh klik sini.