Kento Momota Tewas Dipusingan Pertama Badminton Terbuka India
Bekas pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota, tewas dipusingan pertama Badminton Terbuka India 2023 ditangan pemain Denmark, Rasmus Gemke. Momota tewas 15-21 dan 11-21.
Momota yang sepatutnya membuka tirai saingan Jelajah Dunia BWF 2023 minggu lalu di Badminton Terbuka Malaysia, terpaksa menaik diri disebabkan faktor kesihatan.
Selepas Badminton Terbuka India, Kento Momota dijadualkan akan beraksi di Indonesia Masters 2023 yang akan berlangsung dari 24 hingga 29 Januari. Di Indonesia Masters, selepas proses undian dilakukan, Momota sekali lagi berdepan Rasmus Gemke dipusingan pertama.
Untuk rekod, kali terakhir Kento Momota menjuarai Badminton Terbuka India adalah pada tahun 2016. Ketika itu, Momota menewaskan pemain nombor satu dunia sekarang ini, Victor Axelsen dengan keputusan 21-15, 21-