Kejuaraan Wimbledon Yang Ke-6 Buat Novak Djokovic

Novak Djokovic merangkul kejuaraan Wimbledon buat keli ke-6 selepas menewaskan Matteo Berrettini dari Itali dalam perlawanan akhir dengan kiraan mata 6–7(4–7), 6–4, 6–4, 6–3.

Kemenangan ini juga kemenangan hatrik bagi Djokovic selepas menjuarainya pada 2018, 2019 dan 2021. Untuk tahun 2020, tidak dipertandingkan disebabkan pandemik Covid-19.

Apa yang lebih indah buat Novak Djokovic adalah ini merupakan kemenangan Grand Slam ke-3 dalam 1 musim. Sebelum ini Djokovic telahpun menjuarai Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan kini Wimbledon. Misi seterusnya adalah mejuarai Terbuka US.

Untuk rekod, ini merupakan kejuaraan Grand Slam ke-20 Buat Novak Djokovic sepanjang karier beliau sebagai pemain tenis profesional.

Leave a Reply

%d bloggers like this: