Kedah Gagal Ke Peringkat Akhir Piala AFC Zon Asean

Keputusan Piala AFC Zon ASEAN.

Pasukan bola sepak Kedah gagal mara ke perlawanan akhir Piala AFC Zon Asean selepas dikecewakan PSM Makassar dengan keputusan 1-2.

Perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali, Indonesia itu menyaksikan kegagalan Kedah mengambil kesempatan dengan pasukan yang beraksi dengan 10 pemain.

Makassar terlebih dahulu dihadapan menerusi jaringan Yakob Sayuri pada minit ke-31 dan Yuran Fernandes pada minit ke-54. Fernandes kemudiannya dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua.

Peluang itu cuba digunakan sepenuhnya oleh Kedah dan berjaya menghasilkan gol pada minit ke-86 menerusi Fayadh Zulkifli.

Dipenghujung perlawanan, seorang lagi pemain Makassar dibuang padang namun semua itu sudahpun terlambat.

Satu lagi wakil Malaysia diperingkat separuh akhir adalah Kuala Lumpur City (KL City) yang bakal berdepan cabaran dari Vietnam, Vietttel FC.

Seluruh warga Malaysia berharap akan ada wakil Malaysia dipentas akhir nanti.

Leave a Reply

%d bloggers like this: