Kedah Benam KL City Dengan 12 Pemain Sahaja
Kedah Darul Aman FC berjaya menewaskan Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan pertama Pusingan 16 Piala Malaysia 2024-2025 di Stadium Darul Aman.
Beraksi dilaman sendiri, pasukan Kedah dilihat hanya diwakil 12 pemain sahaja walaupun senarai pemain yang didaftar untuk perlawanan menentang Kuala Lumpur lebih dari jumlah tersebut.
Difahamkan ada sesetengah pemain yang memboikot perlawanan tersebut bersebabkan masalah gaji yang berlarutan dialami oleh pasukan Kedah. Moga masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.
Dalam perlawanan malam tadi, KL CIty FC melakukan kejutan dengan gol awal oleh Ryan Lambert pada minit ke-13.
Tersentak dengan gol awal tersebut, Kedah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-26 hasil jaringan Sony Norde.
Selang empat minit kemudian, Norde sekali lagi menjaringkan gol buat kedah dan membuatkan para penonton di Stadium Darul Aman bergembira.
Memasuki separuh masa kedua, Kedah sekali lagi berjaya menjaringkan gol hasil sentuhan Sukhrob Nurullaev pada minit ke-67.
Pada minit ke-73, KL City FC berjaya merapatkan jurang gol hasil jaringan Jovan Motika.
Keputusan kekal hingga tamat perlawanan Kedah 3-2 Kuala Lumpur City FC.