Jurulatih Tampar Pemain Mohon Maaf Dengan Tindakan Beliau

Baru-baru ini viral dengan tindakan seorang jurulatih bola tampar yang menampar pemain beliau ketika menyertai Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 tahun di Kota Tinggi, Johor.

Jurulatih tersebut yang juga seorang pendidik ternyata kesal dengan apa yang telah berlaku. Menurut beliau tidakan tersebut adalah untuk menaikan semangat dan memberi motivasi kepada pemain dibawah bimbingan beliau.

Tambah jurulatih itu lagi, beliau bersedia dan reda dengan sebarang tindakan dan keputusan yang bakal dikenakan keatas beliau atas keterlanjurannya itu.

Insiden ini turut mendapat perhatian dari Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Manakala Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pula berkata pihaknya masih duk cuba untuk mendapatkan butiran lanjut berkenaan isu yang tular ini. Entah sampai bila nak dapat butiran lanjutnya tu.

Leave a Reply

%d bloggers like this: