Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique Dipecat!
Jurulatih bolasepak Sepanyol, Luis Enrique oleh persatuan negara itu. Keputusan ini diambil susulan kegagalan Sepanyol dalam aksi Piala Dunia 2022 yang masih lagi berlangsung.
Sepanyol dikejutkan Morocco di Pusingan 16 Piala Dunia dengan kekalahan menerusi sepakan penentuan penalti selepas terikat tanpa jaringan.
Luis Enrique mula dilantik sebagai jurulatih Sepanyol pada tahun 2018. Kontraknya yang sepatutnya tamat hujung tahun ini berakhir lebih awal.
Pengendali berusia 52 tahun itu difahamkan masih mahu melatih mana-mana pasukan yang berminat dengan khidmat beliau.